Saturday, October 29, 2011

11 jenis manusia didoa oleh malaikat


 Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi sokongan malaikat.. 

1. Orang yang tidur dalam keadaan suci
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa : 'Ya Allah, ampunilah hamba-mu ______ kerana tidur dalam keadaan suci.' "
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya : 'Ya Allah, ampunilah ia, Ya Allah sayangilah ia.' "
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atasorang yang berada pada saf. " 
4. Orang yang menyambung saf pada solat jemaah
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orangyang menyambung saf. "
 5. Mengucap 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " jika seorang imam membaca ayat terakhir al-fatihah sehingga selesai, ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka dia akan diampuni dosanya yang lalu. "
 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat. "
 7. Orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik ke langit dan malaikat pada siang hari (hingga solat Asar) naik ke langit sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka : 'bagaimana kalian meninggalkan hamba-ku?'. Mereka menjawab : 'kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan merek sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "
 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.' "
 9. Orang yang membelanjakan harta (infak)
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya :"tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-dua berkata : ' Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak ...' "
 10. Orang yang sedang makan sahur
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur. "
 11. Orang yang sedang melawat orang sakit
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70, 000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga subuh. "

26 ciri-ciri perempuan yang diminati

KASIH manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.


1. Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

3. Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

4. Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

7. Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

8. Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.


9. Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

11. Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

12.Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

13. Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

14. Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

15. Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

17. Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

18. Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

20. Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

21. Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

22. Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

26.Suka dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

P/S : Betul ke tidak ??

Karangan terbaik UPSR 2007 Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.



AKU CINTA KAMU !!


 Afrikaans - Ek is lief vir jou
Albania - I love you
Arab - أحبك
Armenia - Yes sirum yem dzez
Azerbaijan - I love you
Basque - I love you
Belanda - Ik hou van je
Belarus - JA kachaju ciabie
Bengali - Āmi tōmāẏa bhālōbāsi
Bulgaria - Obicham te
Catalonia - Et vull
Cina - Wǒ ài nǐ
Creole haiti - mwen renmen ou
Croatia - Volim te
Czech - I love you
Denmark - Jeg elsker dig
Estonia - Ma armastan sind
Finland - Rakastan sinua
Galicia - Quérote
Georgia - me shen miqvarkhar
Greek - s 'agapó̱
Gujerat - Huṁ tamanē prēma
Hindi - Maiṁ tumasē pyāra karatā hūm̐
Hungary - Szeretlek
Iceland - Ég elska þig
 Indonesia - aku cinta kamu
Inggeris - I love you
Ireland - Is breá liom tú
Itali - Ti amo
Jepun - Watashi wa anata o aishite
Jerman - Ich liebe dich
Kannada - Nānu prīti
Korea - nan neol salanghae
Latin - amo te
Latvia - Es tevi mīlu
Lithuania - Aš tave myliu
Macedonia - Те сакам
Malaysia - aku cinta kamu
Malta - I love you
Norway - Jeg elsker deg
Parsi - من شما را دوست دارم
Perancis - Je t'aime
Poland - Kocham cię
Romania - Te iubesc
Rusia - YA lyublyu tebya
Sepanyol - Te quiero
Serbia - Volim te
Slovak - I love you
Slovenia - Ljubim te
Swahili - I love you
Sweden - Jag älskar dig
Tagolog - Mahal kita
Tamil - Nāṉ uṉṉai kātalikkiṟēṉ
Thailand - P̄hm rạk khuṇ
Turki - Seni seviyorum
Ukrainia - YA lyublyu tebe
Urdu - مجھے تم سے محبت
Vietnam - Tôi yêu bạn
Wales - Rwyf wrth fy modd i chi
Telugu - Nēnu ninnu prēmistunnānu
Portugis - Eu te amo

10 KELEBIHAN COCA COLA????

" Fakta seperti yang tersenarai
dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains
kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia
mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam
kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2
gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku
kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba
tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah
diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang
dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama
sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2.
Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan
selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang
dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian
untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh
tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta
jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan
Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan
'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin
Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6.
Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.
Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi
berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/
melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna
tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8.
Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti
suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan
tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam
lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti
dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis
: bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan
untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta
berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah
bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para
pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin
lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10.
Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah.

 
Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi ??