Thursday, December 22, 2011

PMR : 34,271 Dapat Gred A Dalam Semua Pelajaran

hari ini merupakn hari yang bersejarah kepada semua
pelajar tingkatan tiga tahun 2011.
ini kerana keputusan Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 
telah keluar!

Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah terbaik dalam tempoh empat tahun lalu berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata. 

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata seramai 34,271 atau 7.77 peratus daripada 448,738 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mencatatkan keputusan A bagi semua subjek iaitu peningkatan sebanyak 0.75 peratus atau 3408 pelajar berbanding 2010.-BHarian

No comments:

Post a Comment