Monday, February 13, 2012

CINTA PESONA ATAU CINTA DEWASA ?


Sepasang insan muda saling mencintai. Cinta mereka seperti orang mabuk kepayang. Di rumah mahupun di jalan, pagi mahupun petang, si dia terus terbayang. :)
Sepasang suami-isteri yang sudah beberapa puluh tahun menikah pun saling mencintai. Tetapi apakah suami-isteri ini mabuk cinta seperti muda-mudi tadi? Jelas, TIDAK!
Cinta dapat dibedakan menjadi dua macam. Pada contoh muda-mudi itu, cinta masih  merupakan cinta pesona. Pada taraf ini cinta terutama bersifat emosional dan naluriah.
Sebaliknya, pada contoh suami-isteri itu, cinta telah berkembang menjadi kasih setia yang matang. Pada taraf ini cinta telah berkembang menjadi rasional.
Jadi kesimpulan daripada pernyataan ini adalah:
“JANGAN BIARKAN CINTA MEMBAWA HATI, AKAN TETAPI BIARLAH HATI MEMBAWA CINTA..”
Jika cinta itu ikhlas atas dasar perasaan, biarlah ia bersemai subur sepanjang zaman. :)

No comments:

Post a Comment