Saturday, December 31, 2011

SUKA DAN DUKANYA 2011!



Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

 




this is my last entry for 2011. how sad that time is flying very fast! seriously it's scary when I keep thinking that 2011 will end soon.Let me continue in the Malay language.hehe.sepanjang tahun 2011 macam-macam dah terjadi dan kita alami sepanjang tahun ni kan?tak kira laa sama ada  kenangan  pahit,manis,masam,suka,duka,kecewa,gumbira or apa-apapun.tapi ingat,setiap parkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknyaa.bagi aku tahun 2011 ni banyak pengajaran dan pengalaman yang aku dapat.rasa sedih laa plak nk tinggalkn tahun 2011 ni.
aku rasa cerita sedih lagi bnyak dari cerita gumbira bagi tahun 2011 ni!tahun 2011 ni aku telah kehilangan 2orang yang aku sayang!aku kehilangan mereka kerana mereka telah meninggal dunia.seorang rakan karib dan seorang lagi opah sebelah abah.seriously I sad and take some time to accept reality.nak buat macam mna ALLAH lebih sayangkn mereka.tpi ada juga cerita gumbira.hehe.biasa laa dalam hidup ni mesti ada sedih dan gembira. :P
ok la I want to stop right here.last sekali,aku nk ucapkn ribuan terima kasih kdp semua yang buat tahun 2011 saya menjadi luar biasa,warna warni,dan buat saya gembira.terima kasih sekali lagi tidak kira laa kawan baik,kawan biasa,awek kesayangan,ahli keluarga,ataupun cikgu saya.TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT!kerana anda tahun 2011 saya menarik. :)




keluarga bahagia!
:P
hehehe.



sepupu yg comei.



bersama mereka memey best!




TEAM RAGBI  SMKDSO 2011




GENG AKAUN 2011!



kami juara. :P



futsal.futsal.futsal.


ANDA SEMUA MEMANG HEBAT!KERANA ANDA
TAHUN 2011 SAYA MENJADI
LUAR BIASA.


dan akhir sekali terima kasih kpd NUR AMALINA.
kerana awok memeriahkn hidup saya.
dan sebab awok juga hidup saya
menjadi colorful bagi tahun 2011.

ANDA SEMUA MEMANG TERBAIK LA!



TERIMA KASIH DAUN KELADI!
TAHUN DEPAN MERIAHKAN HIDUP SAYA LAGI!

BYE 2011.HYE 2012.



Friday, December 30, 2011

United Cuba Tekan City Untuk Rampas Takhta EPL



United Cuba Tekan City Untuk Rampas Takhta EPL
LONDON – Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan berusaha untuk melancarkan tekanan terhadap pendahulu, Manchester City apabila turun menentang kelab di tangga tercorot, Blackburn Rovers di Old Trafford, esok.
Jika seri atau kemenangan tentu sekali akan membolehkan United mengatasi kedudukan City yang bakal berkunjung ke Sunderland.
Malah United ingin memberikan hadiah istimewa kepada Pengurusnya, Sir Alex Ferguson yang menyambut hari lahir ke-70 apabila menentang Blackburn yang baru mencatat dua kemenangan sepanjang saingan liga musim ini. – AFP

MENYINGKAP KEWUJUDAN DAJJAL


Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin”.

Seperti halnya Nabi Isa as yang di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dengan Iblis yang di tangguhkan kematiannya sehingga hari kiamat nanti.

Ayah Dajjal seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya.

Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yang di kenali dengan “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus.

Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dengan jelas.

Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka" (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun.
Dan tandanya yang paling ketara sekali ada dua: 


1. Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.

2. Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yang sahih yang disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”.

Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang untuk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah swt untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari selanjutnya sama seperti hari-hari biasa.

Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yang biasa.
Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang..”

Maksud Sabda Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan.

Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar.

Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt untuk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung.

Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak mahu bersukutu dengan Dajjal..mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah?” Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman orang Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yang kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yang dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam”…

Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini? Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua bandar suci umat Islam itu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.


Monday, December 26, 2011

25 Sebab Perempuan Akan Membenci Seseorang Lelaki

1.Meninggikan Suara

2.Main Kayu Tiga

3.Suka "CUCI MATA"

4.Mengongkong

5.Ego

6.Menipu

7.Perasan

8.Mementingkan Diri Sendiri

9.Kurang Memberikan Perhatian

10.Cemburu Buta

11.Mata Duitan

12.Komited Terhadap Kerjaya

13.Panas Baran

14.Kaki Meroko

15.Pengotor

16.Gelojoh

17.Pentingkan Kawan-kawan

18.Tidak Tahu Menghargai

19.Putar Belit

20.Suka Kontrol Macho

21.Tiada Pegangan Agama

22.Mungkir Janji

23.Miang

24.Suka Maki Orang

25.Bajet Bagus/Bajet Hot


Ada lagi ke?aku tahu 25 jeee.korang nak tambah lagi ke?tambah jee kt komen!terima kasih! :)

Sunday, December 25, 2011

Ciri-Ciri Awek Playgirl!




sesetengah awek memang sukar untuk dibaca hati mereka,adakah awek itu setia atau dia adalah awek playgirl?

7 ciri-ciri awek playgirl..



1. Menyembunyi Kisah One Night Stand

Bukan hanya menyimpan satu kisah, tetapi banyak lagi. " One night stand " tidak bermakna setia pada satu lelaki sahaja. Sentuhan fizikal yang sedikit ketika bergaul dengan lelaki menjawap bagaimana keakraban seorang awek playgirl dengan seorang lelaki yang dikaguminya / diingininya, tetapi tidak untuk jangka masa panjang... untuk semalam je kot. :P Murahnya harga dirimu...

2. Seringkali tukar " In relationship " status di Facebook

Bermula dari " single ", " In a relationship ", kemudian ke " It's complicated ". Ini cukup memadai dia hanyalah seorang awek mencari pasangan untuk bersuka-suka sahaja. Walaupun dia cuba untuk mencari yang terbaik, tetapi di mata lelaki... she's a jerk.

3. Bercinta dengan 2 lelaki atau lebih dalam sesuatu masa

Okay! Nih kes main kayu 3... Sebagai contoh, dia tengah date dengan seorang lelaki dalam satu pasukan bola sepak, kemudian pada masa yang lain pulak dengan lelaki lain yakni rakan sepasukan yang sama?? Secara tidak sedar hampir separuh daripada pasukan bola sepak itu dah diajak date.. Perempuan yang #*$&%_$.

4.Mudah Memberi Nombor Telefon 

Dah berpunya masih mudah memberi nombor telefon kepada lelaki yang tak dikenali atau ingin berkenalan. Berhati-hatilah, dia masih memberikan respon untuk menarik perhatian lelaki lain, atau mempunyai hubungan sulit.

5. Mudah bermain dengan perasaan
Bayangkanlah apabila hubungan itu intim, tiba-tiba dia pergi tanpa perkataan sahaja memberi kata kepada " Kita dah takde pape hubungan ". Memang sah! dia playgirl.

6. Kemesraan
Untuk mendekati lelaki memerlukan usaha yang lebih kepada pendekatan, dan memerlukan kemesraan. Apabila si playgirl tidak berpuas hati, si playgirl akan pergi dan carik lelaki lain.

7. Sering Berjauhan ketika membalas SMS

awek playgirl ni pandai,jika ada sms sampai dia senyap-senyap reply mesej dan tidak membenarkan kita melihat mesej nya.



P/S:Aku copypaste orang punya jaa ni!agak2 korang betoi x? :P

Friday, December 23, 2011

SENARAI RANKING TERBARU UNTUK PMR BAGI TAHUN 2011 SBP & MRSM SELURUH MALAYSIA

Dibawah ini adalah senarai ranking terbaru top 20 PMR 2011 SBP dan MRSM di Malaysia. Setiap tahun, pencapaian pelajar SBP (Sekolah Berasrama Penuh) dan MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) sangat membanggakan.









Sekolah Berasrama Penuh


1) SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan  
2) SM Sains Teluk Intan, Perak 
3) Kolej Tunku Khursiah, Negeri Sembilan
4) SM Sains Kuala Selangor, Selangor
5) Sekolah Dato' Abdul Razak, Negeri Sembilan
6) Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak
7) Sekolah Tun Fatimah, Johor
8) SM Sains Selangor, Selangor
9) The Malay College Kuala Kangsar, Perak
10) SM Sains Muzaffar Syah, Melaka
11) SM Sains Pokok Sena, Kedah
12) SM Sultan Abdul Halim, Kedah
13) SM Sains Sultan Mohammad Jiwa, Kedah
14) SM Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
15) Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
16) SM Sains Sultan Mahmud, Terengganu
17) SM Sains Tengku Abdullah, Pahang
18) SM Sains Machang, Kelantan
19) SM Sains Miri, Sarawak
20) SBPI Gombak, Selangor














MRSM


1) MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan
2) MRSM Pasir Tumboh, Kelantan
3) MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor
4) MRSM Tun Abdul Razak, Pahang
5) MRSM Pasir Salak, Perak
6) MRSM Lenggong, Perak
7) MRSM Terendak, Melaka
8) MRSM Gerik, Perak
9) MRSM Serting, Negeri Sembilan
10) MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan
11) MRSM Kuala Terengganu, Terengganu
12) MRSM Muadzam, Pahang
13) MRSM Beseri, Perlis
14) MRSM Transkrian, Pulau Pinang
15) MRSM Kubang Pasu, Kedah
16) MRSM Batu Pahat, Johor
17) MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang
18) MRSM Langkawi, Kedah
19) MRSM Pendang, Kedah
20) MRSM PDRM, Kedah


p/s 
*Kenapa SSP (sekolah seri puteri, cyberjaya) x termasuk dalam senarai eyk? pelik jugak.padahal dalam paper aku tengok cemerlang kot?pelik2!

Handphone price list up to date 23/12/2011


harga handphone masa sekarang ini!tapi tak semua tempat sama erk!sesetengah jee~!


Handphone Price List :








Iphone 4s



Iphone 4s 16 GB : RM2150
Iphone 4s 32 GB : RM2400
Iphone 4s 64 GB : RM2700


Spec:

http://www.gsmarena.com/apple_iphone_4s-4212.php

*ORIGINAL SET*

DEVICES WARRANTY BY :
SAMSUNG-SAMSUNG
APPLE-APPLE
BLACKBERRY-BRIGHTSTAR
SONY-MINDLAND
NOKIA-XITRON


Nokia X7-00 : RM 1050
Nokia N9 16 gb : RM 1470
Nokia N9 64 gb : RM 1900
Nokia N8 : RM 1130
Nokia E7 : RM 1150
Nokia N900 : RM 950
Nokia X6 32GB : RM 1030

Apple iPhone 4 32gb black : RM 1750
Apple iphone 4 32gb white : RM 1870

iPad 2 32gb WIFI 3g : RM1880 white add rm100
iPad 2 64gb WIFI 3g white : RM 2290 add rm100
                

BlackBerry Torch 9800                                                                         BlackBerry Bold 4 9900





BlackBerry PlayBook : RM 1500
Blackberry Touch 9930 : RM 1450
Blackberry Torch 9810 : RM 1580
BlackBerry Torch 9860 : RM 1500
BlackBerry Torch 9800 : RM 1430
Blackberry Bold 9790 : RM 1450                             
Blackberry Bold III 9780 : RM 1300                                 
BlackBerry Bold 4 9900 : RM 1870
Blackberry Curve 8520 : RM 660
Blackberry 9300 (Curve 3G) : RM 850
Blackberry Curve 9360 : RM 1130



SAMSUNG GALAXY S2


Samsung Champ : RM 250
Samsung Corby II : RM 330
Samsung Galaxy Ace : RM 780
Samsung Galaxy y : RM 520
Samsung Galaxy wave 3 : RM 960
Samsung Galaxy wave y : RM 450
SAMSUNG GALAXY TAB 8.9 : RM 1680
Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus - wifi 3g : RM 1570
SAMSUNG GALAXY S2 : RM 1700
SAMSUNG GALAXY TAB 10.1 - wifi 3g (without keyboard) : RM 1830
Sony Ericsson Xperia Arc : RM 1170

Thursday, December 22, 2011

DUIT BARU!

Assalamualaikum.
kali ni aku update blog nk cita pasal wang kertas baru!
so,sila laa baca smpai abis!TQ.

 NAJIB  menunjukkan not  RM20 siri baru  pada pelancaran Pelan Sektor Kewangan dan Mata Wang Malaysia Siri Baru  di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, semalam sambil diperhatikan    Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni  Hanadzlah dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

RM20 siri baru


Bank Negara Malaysia memperkenalkan siri mata wang baru yang akan mula diedarkan pada Julai tahun depan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan.


Siri baru diperkenalkan itu terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 serta melengkapi wang kertas RM50 yang mula diperkenalkan sebelum ini.




Ia juga melengkapi mata wang siling baru yang diperkenalkan pada 25 Julai lalu dan akan digunakan bermula Januari ini.



Siri terbaru mata wang Malaysia mengambil inspirasi daripada pelbagai ciri-ciri unik Malaysia, dengan menggunakan elemen khazanah semula jadi, budaya dan warisan negara.




Bank Negara, dalam kenyataannya berkata mata wang baru itu menampilkan ciri-ciri tradisional dari segi seni dan kraf, keindahan alam sekitar, flora dan fauna serta ekonomi. 




“Ciri-ciri keselamatan bagi mata wang baru itu termasuk imej bayangan, tetingkap lebih jelas, potret bertanda keselamatan dengan piksel dan angka yang diserlahkan, benang keselamatan berwarna, benang lensa mikro serta tampalan berkilat bagi memudahkan orang ramai mengenal pasti nilai setiap satunya.


“Satu lagi ciri-ciri dipertingkatkan ialah pengenalan secara sentuhan yang membolehkan individu kurang penglihatan dapat mengenal pasti dan membezakan nilai mata wang berbeza,” 


Semua mata wang di bawah siri baru berkenaan masih mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, bunga raya, nilai muka bagi mata wang serta corak fabrik tenunan tradisional songket di bahagian hadapannya.


Di bahagian belakang pula, ia menampilkan elemen berlainan mengikut nilai termasuk alam sekitar, budaya, tradisi, flora dan fauna yang mencerminkan identiti Malaysia.


Mata wang baru itu juga masih mengekalkan logo Bank Negara, siri nombor, perkataan bertulis jawi dan corak tenunan songket di bahagian belakangnya.



PMR : 34,271 Dapat Gred A Dalam Semua Pelajaran

hari ini merupakn hari yang bersejarah kepada semua
pelajar tingkatan tiga tahun 2011.
ini kerana keputusan Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 
telah keluar!

Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah terbaik dalam tempoh empat tahun lalu berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata. 

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata seramai 34,271 atau 7.77 peratus daripada 448,738 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mencatatkan keputusan A bagi semua subjek iaitu peningkatan sebanyak 0.75 peratus atau 3408 pelajar berbanding 2010.-BHarian

Monday, December 19, 2011

sat ada kdit.sat takda kdit!

Assalamualaikum w.b.t



jawab lerr.aku bg salam tu.haha.
kali ni malas nk cita panjang2.
cuma nk cita pasai aku dh lama tak text nan seseorng ni jee!
hahahaha!
korang tamau dngar?tamau baca?
close jee tab n then bkak new tab type facebook!
cmtoo bleh?
aku cuma nk bgtaw yg aku lama dh tak text dy sbb.
haritu dia takda kdit nk text aku.
bila dia dh topup.aku takda kdit plak nk text dia!
then,2ari lepas bufday dia.so,dpt call free la kaann?
dia pown call aku.auwww.bestt dohh ckp nan dia.
mcm orang takpernah ckp fon.hehe.
bila dh abis ckp nan dia.baru berasa aku nk topup.hehe!
bila aku dh topup.dia plak yg xda kdit.haih!
aku cukup pelik laa nan kami dua ni!
sat orng ni da kdit yg tu xda kdit.
yg tu da kdit orng ni plak xda kdit!
PELIK SUNGGOH!haha!

ok arh.aku nk cita pasai ni jee pown!
bye.
Assalamualaikum!

3 Golongan Yang Akan Memasuki Neraka Jahanam 7 Kali Umur Dunia


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,

Banyak hadis Nabi SAW yang menceritakan keadaan di neraka terdapat ramai kaum wanita di neraka dan wanita mendapat berbagai-bagai seksaan disebabkan dosa-dosa besar yang mereka lakukan ketika di dunia.

Bagi wanita yang menjadi isteri hanya empat syarat untuk mereka ke syurga. Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Wanita tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya. Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.”

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?”

Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. ”
Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”

Dalam hadis yang lain dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : ” Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-
1. Orang yang gemuk tapi kurus
2. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
3. Orang yang alim tapi jahil”
Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa 3 golongan manusia yang akan meneriama seksaan di Neraka Jahanam selama 7 kali umur dunia ini. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui berapa juta tahun umur dunia ini daripada mula-mula penciptaan-Nya hingga ke berlaku hari kiamat .




Huraian untuk 3 golongan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Orang yang gemuk tapi kurus
Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. Kenapakah wanita dikatakan kurang beribadat?
Ramai wanita yang meninggalkan solat terutama diakhir habisnya haid. Wanita kurang ambil perhatian sebahagiannya tidak begitu prihatin. Contoh bagi wanita yang bekerja dipejabat dan habis darah haidnya jam 3 petang biasanya dia tidak akan mandi hadas dipejabat dan dia akan mandi hadas apabila balik kerumah, hakikat sebenarnya dia telah meninggalkan solat fardu yang wajib. Wanita juga tidak mengambil berat bab solat ketika kesebukkan dalam majlis kenduri-kendara.

Begitu juga dengan puasa Ramadan yang ditingalkan semasa haid atau nifas, apabila melebihi tahun berikutnya maka disamping puasa wajib dibayar dan dikenakan fidyah, tetapi ramai wanita tidak mengambil berat tentang fidyah yang wajib ditunaikan.

Sebahagian pula wanita yang berkemapuan masih menagguh-nangguhkan kewajipan menunaikan fadu haji, dia lebih suka menghabiskan waktu cuti untuk melancung .

Kedua : Orang yang berpakaian tetapi telanjang
Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama. Ditafsirkan juga wanita yang sudah lengkap menutup aurat tetapi masih tidak taat pada agama seperti wanita yg sudah elok menutup aurat tetapi kain pakaiannya masih nipis, jarang atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka dan menampakkan perhiasan didada mereka. Mereka ini seolah-olah tiada berpakaian (bertelanjang).

Sesuailah dengan hadis Nabi SAW yang mengatakan bahawa wanita berpakain seksi tidak mencium bau syurga .Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Lelaki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak punuk onta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian. ” (Hadis Riwayat Muslim)
Syarat-syarat pakaian menutup aurat bagi wanita :
Pada dasarnya seluruh bahan, model dan bentuk pakaian boleh dipakai, asalkan memenuhi syarat-syarat berikut
1. Menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan.
2. Tidak tipis dan tidak jarang.
3. Longgar dan tidak memperlihatkan lekuk-lekuk dan bentuk tubuh (tidakketat)
4. Bukan pakaian lelaki atau menyerupai pakaian lelaki.
5. Tidak berwarna-warni dan bermotif terlalu menjolok mata.Sebab pakaian yang menjolok mata akan mengundang perhatian laki-laki.


Ketiga : Orang yang alim tapi jahil.
Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
Syarat untuk layak disebut sebagai ulama adalah takutkan Allah. Walaupun seorang itu alim yang faqih sekalipun, namun apabila tidak ada takwa, disisi Allah dia tidak layak disebut ulama walaupun manusia seluruhnya memanggilnya ulama.

Takut kepada Allah bagi seorang ulama ada dalam beberapa hal. Antaranya, mengeluarkan pandangan atau fatwa benar-benar kerana Allah dan untuk kepentingan Islam, bukan pandangan atau fatwa kerana takutkan individu-individu tertentu atau kelompok-kelompok tertentu atau untuk menagih sesuatu habuan dari sesiapa.
Selain itu, takut pada Allah bagi seorang ulama adalah sentiasa hidup dalam keadaan amanah kepada ilmu dengan cara beramal dengan ilmunya dan memperjuangkan kebenaran ilmu tersebut agak manusia benar-benar menerimanya sebagai panduan kehidupan.

Sekiranya seseorang ulama itu sanggup menghalalkan yang diharamkan Allah SWT atau mengharamkan sesuatu yang dihalalkan Allah SWT atau membisu sahaja walaupun kemungkaran dilakukan oleh umarak di hadapan matanya maka ulama seperti ini amat dibenci oleh Allah SWT inilah yang dikatakan ‘orang alim tetapi jahil’

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita menginsafkan diri kita dan janganlah melakukan sesuatu yang mendatangkan dosa kepada Allah SWT. Berbuatlah amal soleh sebanyak-banyaknya semoga kita menjadi orang mukmin yang sentiasa diredai dan dirahmati oleh Allah SWT. Kita diberikan pilihan oleh Allah SWT untuk memilih jalan yang lurus atau jalan yang bengkuk. Jalan yang lurus adalah jalan ke syurga sedangkan jalan yang bengkuk adalah jalan menuju neraka. Orang yang cerdik pasti memilih jalan ke syurga.